THE ALL BLOGS 100 DAYS EVENT HAS BEEN POSTPONED TO SATURDAY, 5TH JULY 2008.
THIS IS IN RESPECT TO THE GERAKAN MANSUHKAN ISA RALLY ON 28 JUNE 2008.
ALL PROGRAM DETAILS ARE THE SAME ONLY THE DATES HAVE CHANGED.
CORRECTION ON ENTRANCE FEE (as pointed out by Zorro :) ): IT IS RM30 FOR ALL.
FOOD AND BEVERAGES INCLUDED.
SEE YOU THERE!
Friday, June 27, 2008
ATTENTION!!!
Posted by
KLConfidential
at
1:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 READER COMMENTS:
Hebat Shafie Afdal… ISA memang tidak perlu dikaji semula
SEPATUTNYA, kabinet Malaysia mempunyai semua menteri yang berpendirian setanding dengan Menteri Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal yang mempertahankan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) supaya tidak perlu dikaji semula kerana ia masih diperlukan di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.
Menurut Shafie yang juga Ahli MT Umno, ISA mempunyai peranannya tersendiri dalam menangani pelbagai isu yang timbul daripada struktur masyarakat Malaysia yangberbilang kaumdan agama bagi memastikan kententeraman kaum dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin.
“Tak perlu di nilai semula. Apa yang penting ialah kita kena melihat kebaikan ISA,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat di Semporna baru-baru ini.
Sebelum ini, terdapat beberapa suara dari pembangkang dan penyokong kerajaan (termasuk menteri dan pemimpin-pemimpin parti komponen BN) yang mengesyorkan supaya ISA dikaji semula.. Malahan, ada juga yang secara terang-terang tidak bersetuju ISA digunakan untuk menahan wartawan.
Sepatutnya, 23 juta rakyat dan penduduk Malaysia (tidak termasuk orang asing) tidak perlu gusar dengan ISA kerana ISA bukan dikenakan terhadap penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar atau, pemandu kereta yang tidak memakain tali pinggang keselamatan, tetapi ia digunakan sebagai pencegahan kepada ‘rusuhan’ dan keadaan yang tidak menjamin keselamatan masyarakat.
ISA juga tidak digunakan setiap bulan, sebaliknya pihak polis mengambil langkah berhati-hati dna cukup teliti untuk menguatkuasakan undang-undang ini. Malangnya, ada menteri (bukan Menteri Dalam Negeri) yang membuat komen ketidakwajaran penggunaan ISA ini.
Sepatutnya Teresa Kok, wartawan Tan Chee Hong dan Raja Petra Kamaruddin ‘berbangga’ kerana ditahan di bawah ISA dan jika benar dihidangkan dengan ‘makanan anjing’ kerana mereka ‘memilih jalan ini’ kerana tingkah laku mereka sendiri. Apakah Teresa Kok tidak merasakan dia ‘menyinggung’ perasaan kaum lain (selain dari Cina) ketika dia menurunkan ‘tanda jalan bertulisan jawi’ untuk digantikan dengan papan tanda yang tiada tulisan jawi?
Polis juga cukup berpengalaman ketika menjalankan risikan dan mustahil, tanpa apa-apa sebab yang boleh dipercayai ‘untuk menahan’ seseorang. Saya sendiri, jika tulisan-tulisan saya dilihat menghasut dan ada sebab mempercayai, saya menghasut, saya reda untuk memilih ditahan di bawah ISA, jika difikirkan itu sahaja yang boleh menyelamatkan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.
Ketika Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA kerana dikatakan mengancam ekonomi dan keselamatan negara, tidak pula Nik Aziz menasihatkan Anwar supaya menghentikan ‘lakonan tidak perlu’ yang dilakukan selama ini, hingga menyebabkan situasi politik negara menjadi tidak menentu.
Lim Kit Siang yang kelihatan berhempas pulas membidas tindakan kerajaan menahan Teresa Kok di bawah ISA juga tidak dilihat merosakkan ekonomi dan keselamatan negara, sebagai mana yang dilakukan Anwar, tidak sepatutnya ‘risau’ dengan ISA.
Amatlah baik, sebagai orang yang pernah di tahan di bawah ISA, Kit Siang menasihatkan Teresa supaya tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan ISA ‘menjemputnya’ ke dalam. Bukankah Teresa bekas Setiausaha Politik kepada Kit Siang?
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sepatutnya mempunyai anggota kabinet seperti Shafie. Mungkin dalam banyak hal lain, Shafie tidak terpakai, tetapi dalam isu ISA, Shafie adalah ‘menteri terbaik’ yang Pak Lah ada, pada fikiran saya.
Ketika Menteri Dalam Negeri dan Pak Lah diserang hebat ketika isu ISA timbul baru-baru ini, saya memang tertunggu-tunggu kalau-kalau ada menteri yang ’sanggup bangkit’ mempertahankan ISA dan kerajaan. Ada suara datangnya dari Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang juga dikatakan amat pakar dalam undang-undang, tetapi dia juga meminta ISA dikaji semula, ketika isu ini sedang hangat.
Bercakap kenalah ikut adat. Ada masa yang sesuai kita bercakap, ada masanya, tidak. Tempat juga kena tengok sebelum bercakap. Masalahnya, ada menteri-menteri ikut suka hati bila hendak bercakap, tidak ikut adat, tidak tengok tempat dan kesesuaian masa.
Isunya, Pak Lah seorang yang lembut dan berhemah. Tidak terlalu mengongkong. Tetapi ‘anak-anak buahnya’ silap faham. Mereka ambil kesempatan. Apa yang mereka cakap, akhirnya menjadi senjata digunakan pembangkang menikam BN. Contoh paling ketara, tindakan Zaid Ibrahim yang gagal untuk kembali menjadi Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, membidas ISA – tanpa tahu bahawa undang-undang inilah sebenarnya yang telah terbukti berjaya menyelamatkan negara ini, sejak peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Cuba bertanya kepada Anwar Ibrahim, kenapa dia ditahan di bawah ISA suatu ketika dahulu? Adakah kerana dia sedang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar? Begitu juga dengan Datuk Ibrahim Ali, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Fahmi Ibrahim dan beberapa orang lagi… apakah kesalahan yang mereka lakukan hingga menyebabkan mereka di tahan di bawah ISA?
Oleh Zainal Yusof
Post a Comment